Soalan ini telah diutarakan sejak zaman Tabien lagi, antara yg menyoal adalah Abu Ishak As-Syabani. Hal ini terdapat dalam shohih Bukhari. As-Syabani telah bertanya kepada Abdullah Bin Abi Awfa tentang perkara ini, tetapi dijawab : "aku tidak tahu".
Bagaimanapun, para ahli hadith telah menjawab persoalan ini, dan mentaqrirkan bahawa hadith2 berkaitan rejam dilaksanakan selepas turun surah an-Nur. Justeru, keraguan tentang surah an-nur menasakhkan hadith adalah tidak berlaku. Tindakan dan kalam Saidina Umar ra dijadikan sebg hujjah utama bhw hukuman rejam tidak dinasakhkan, begitu juga Saidina Ali ra.
Surah an-Nur diturunkan tahun 4 atau 5 atau 6 Hijrah. Manakala antara perawi hadith rejam adalah Abu Hurairah dan Ibn Abbas, yang mana Abu Hurairah berada di Madinah hanya pada thn 7 H, dan Ibn Abbas tiba bersama Ibunya pd 9 H. Lalu dari sudut tarikh juga, menguatkan pandangan ahli hadith. (lihat al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, Imam Nawawi, yang dilengkapkan oleh al-syeikh Najib Mutaie as-Syafie, Dar ihya at-Turath al-arabi, Jld 22, ms 28)
Jawapan B
Menurut ulama' Usul Feqh dari jumhur mazhab, sesungghunya lafaz 'am tidak menasakhkan lafaz khas, malah lafaz Khas yang terlebih layak menasakhkan 'am, walaupun lafaz khas itu terdahulu datangnya daripada lafaz 'am.
Justeru, lafaz umum hukuman penzina dalam surah an-Nur yang menyebut sebatan tanpa rejam adalah 'am, krn tidak mengkhususkan samada muhson atau tidak. Manakala hadith2 yg thabit pula bersifat khusus, iaitu menyebut hukuman khusus terhdp penzina muhson. Maka khas akan mentakhsiskan 'am ayat tadi. ( al-Majmu', sumber dan ms yg sama)
Kesimpulannya : Jadilah ayat surah Nur hanya ditujukan kpd penzina bukan muhson manakala hukuman penzina muhson thabit dari hadith dan ayat quran yang dinasakhkan lafaznya dengan mengekalkan hukumnya.
Bagaimanapun, Imam al-Alusi mentarjihkan bahawa adalah lebih tepat kiranya mentahibitkan hukuman rejam melalui hadith yang thabit dan bukan ayat al-Quran yang telah dimansukhkan lafaznya serta tidak qat'ie thubutnya ia. Beliau lebih senang berdalilkan tindakan Saidina Ali yang menyatakan dengan jelas, rejam thabit dgn sunnah. (lihat Ruh al-Ma'ani, ms 80) .Tindakan Saidina ali akan dijelaskan di bawah.
3. Dalil ketiga mereka adalah hukuman rejam tidak disebut di dalam al-Quran.
Inilah yang dibimbangi oleh Saidina Umar sbgmn disebut tadi. Dalil ini berkaitan rapat dgn dalil pertama mereka tadi. Secara mudah, tidak semua yang tidak terdpt di dalam al-Quran tidak menjadi hukuman! Seperti ibadah haji secara lengkap, solat dll. Bukankah Nabi itu sebagai pentafsir ayat dan penerang. Bagi menjawab keraguan ini cukup sekadar membawakan hujjah para jumhur dalam hal ini. Ia seperti berikut:
HUJJAH PARA JUMHUR TERHADAP HUKUMAN REJAM.
1. Hadith pertama adalah :
عن عبادة إبن الصامت : "الثيب بالثيب جلد مائة والرجم, والبكر بالبكر جلد مائة وتغريب عام" (رواه مسلم , الترمذي, أبو داؤد)
Mafhum : Penzina muhson dgn uhson sebatan 100 kali dan rejam, manakala dara dgn dara sebatan 100 dan buang negeri selama 1 tahun" (Riwayat Muslim dalam shohihnya (1690), At-Tirmidzi (1434), Abu Daud (4415) dan (4416) dari hadith 'Ubadah Bin al-Somit)
2. Terdapat juga dalam shohih Bukhari dan Muslim secara bersama hadith yang menyebut perihal hukuman rejam iaitu :
عن إبي هريرة و زيد بن خالد"...واغد يا أنيس على امرأة هذا, فاسألها فإن اعترفت فارجمها, فاعترفت فرجمها" ( رواه البخاري ومسلم ومالك والترمذي وأبو داؤد والنسائي وإبن ماجه والدارمي )
Mafhum : "…pergilah kpd wanita tersebut sekiranya ia mengaku maka rejamlah, lalu si wanita tersbeut mengaku maka ia telah direjam" ( al-Bukhari 12/121; Muslim (1697), (1698); Malik (2/822);Tirmidzi (1433); Abu Daud (4445); An-Nasaie (8/240, 241); Ibn Majah (2549); Ad-Darimi (2/177) semuanya dari hadith Abu Hurairah dan Zaid Bin Khalid al-Jahni)
Banyak lagi hadith yang menyebut perkara hukuman rejam, yang diambil dari Abu Bakar as-siddiq, Ibn Abbas, Buraidah, Abu Hurairah, Ubadah as-Somit, Jabir bin Abdullah, Jabir bin Samrah, Asy-Sya'bi.
3. Hadith Ubadah bin somit yang menyebut perihal hukuman rejam bg penzina muhson :
عن عبادة أبن الصامت قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "خذوا عني قد جعل الله لهن سبيلاً الثيب بالثيب جلد مائة ورميا بالحجارة والبكر جلد مائة ونفي سنة" ) رواه أبو داؤد)
Perbincangan kekuatan hadith dalil jumhur :
Hadith Jabir bin Abdullah, tidak diulas (سكت عنه)oleh Abu Daud dan al-Munziri, maka ianya sah dijadikan hujjah menurut ahli hadith, Abu Daud mengeluarkan hadith ini dari dua jalan perawi yang mana perawi2nya thiqah dan shohih, dikeluarkan oleh An-Nasaie juga. Hadith Jabir bin Samrah pula dikeluarkan juga oleh Imam al-Baihaqi (wafat 450 H) dalam Sunan al-Kubra miliknya. Al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqolani juga mengeluarkan hadith ini dalam kitabnya Talkhis al-Khobir, beliau tidak mengkritik pun hadith2 ini. Begitu juga dikeluarkan oleh al-Hafiz al-Bazzar dlm Musnadnya, dan berkata Imam Ibn Hajar al-Hathami dlm Majma' al-Zawaid, isnad hadithnya thiqat. (Sila Lihat Nailul Awtar, Bab Hudud ke atas Zina). Hadith2 ini juga diriwayatkan oleh at-Tabrani, Abu Ya'la al-Mausili. Hadith berkenaan Maiz bin Malik yang direjam pula diambil dari Abu Bakar as-Siddiq dan Buraidah.
4. Ijma' para sahabat. Tindakan saidina Ali direstui oleh para sahabat. Maka ia menjadi ijma'. Bagaimana pula ada individu boleh menytakan ijmak ini ternasakah, apakah yg menasakhkan hadith yang thabit dan ijmak para sahabat, setelah kewafatan Nabi saw dan berlalu 3 kurun pertama yang dipenuhi individu terbaik.
5. Menurut Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli, dalil 'aqli adalah: "Menurut aqal adalah layak bagi penzina muhson dengan hukuman rejam ini, krn ia adalah amalan yang tersangat buruk, maka layak untuk menerima hukuman terburuk di dunia" ( al-Feqh al-Islami wa-adillatuhu, cet ke 4, Darul Fikr, jld 7, ms 5365)
Ulama' telah bersepakat bahawa hukuman penzina muhson adalah dengan dalil yang thabit dari Hadith yang mutawatir, Ijma'd an menurut dalil aqal. (sila rujuk al-Mabsut, Sarakhsi 9/37; Mughni al-Muhtaj, Khatib Syarbini 4/146; Fath al-Qadir, Ibn Hummam 4/121; al-Muntaqa ala al-Muwattak, 7/132)
Berkata Imam An-Nawawi as-Syafie (wafat 676 H- kitab beliau merupakan sumber yang paling muktamad dalam mazhab syafie selain Imam Ar-Rafie kitabnya 'fathul aziz', Ibn Hajar al-Hathami kitabnya 'Tuhfah al-Muhtaj' dan Shihabuddin ar-Ramli kitabnya 'Nihayatul Muhtaj') :
"Ulama' telah ijma' dalam menyatakan wajib sebat penzina yang belum kahwin (bukan muhson) dengan 100 sebatan dan rejam penzina muhson iaitu janda atau sesiapa yang telah berkahwin. Tidak ada sesiapa yang bercanggah dalam hukuman had bagi penzina ini dari kalangan ahli qiblat (umat Islam) kecuali apa yang disebutkan oleh al-Qadhi Iyadh al-Maliki : " Kumpulan Khawarij, sebahagian kumpulan Muktazilah dan kumpulan an-Nazzom, mereka tidak berpandangan rejam." (al-Minhaj syarah Shohih Muslim, Darul Makrifah, Beirut, Jld 11, ms 189, Hadtih Bab al-Hudud, tajuk Had al-Zina)
Imam Ibn Qayyim al-Hanbali dalam Zadul Ma'ad menyatakan " Sesungguhnya seorang muhson yang merdeka apabila berzina samada dengan seorg hamba atau seorang merdeka maka hukum hudud keatasnya adalah rejam" (Lihat Zadul Ma'ad, Jld 5, Muassah ar-risalah, cetakan 3, thn 2001, ms 30)
Tidak sah sesiapa yang berhujjah menyatakan hukuman rejam dinasakhkan atau tidak difardhukan hanya dengan dalil "ia tidak disebut di dalam al-Quran atau mereka yang tidak menerima thabit hadith" , bahkan hadith yang menyebut tentang hukuman rejam, mutawatir pada maknanya, serta diamalkan oleh Saidina Ali kw. Ia juga disebut oleh Saidina Umar ra di atas mimbar (rujuk shohih Muslim, Bab Had Zina Muhson)Adakah beliau dan para sahabat disekelilingnya salah atau tidak sedar berkenaan hadith ternasakh atau hukum rejam tidak thabit??!. Jelas dakyah ini tertolak.
Kumpulan yang tidak menyetujui rejam
Imam Syawkani menyebut : "Kumpulan Khawarij tidak menyetujui rejam kerana hukuman rejam tidak disebut di dalam al-Quran, lalu mereka menyatakan rejam tidak wajib," Syawkani menyatakan pandangnnya:
"أما الرجم فهو محمع عليه, وحكى في البحر عن الخوارج أنه غير واجب, وكذلك حكاه عنهم أيضاً أبن العربي, وحكاه أيضاً عن بعض المعتزلة كالنظام وأصحابه, ولا مستند لهم إلا أنه لم يذكر في القرآن, وهذا باطل, فإنه ثبت بالسنة المتواترة المجمع عليها"
Mafhum : "Adapun rejam, ia telah diijmakkan, diberitakan bahwa Khawarij mengatakan ia tidak wajib, demikian juga Ibn arabi, sebahagian muktazilah seperti kumpulan an-nazzam, mereka tiada sandaran dalil kecuali mengatakan rejam tidak disebut di dlm quran. INI ADALAH BATHIL, SESUNGGUHNYA IA (REJAM) THABIT DGN SUNNAH YANG MUTAWATIR YANG DIIJMA'KAN"
Kumpulan ini (yang tidak berpandangan rejam terhdp penzina muhson) juga disebut dalam sumber berikut : Ruh al-Ma'ani, al-Alusi Juz 17, Dar ihya' at-Turath al-arabi, ms 79 dalam tafsir surah an-Nur ayat berkenaan penzina); al-Minhaj syarh Shohih Muslim, Imam an-Nawawi ; Nailul Awtar, As-Syawkani ; al-Muhazzab, Imam As-Syraizi as-Syafie, lihat kitab al-hudud )
Syeikh az-Zaila'ie yang bermazhab hanafi pula dalam kitabnya Tabyin al-Haqaiq fi syarh kanz ad-Daqaiq, jld 3, dar al-Makrifah cet kedua slps bulaq, ms 210) menyebut:
"ثم حد الزنا لأنه ثابت بالكتاب وحد الشرب ثابت بقول الصحابة...ولهذا شرع فيه الرجم بخلاف شرب الخمر.."
Mafhumnya : "kemudian had ke atas penzina, ianya thabit dengan al-Quran, manakala had minum arak thabit dengan perkataan sahabat…oleh kerana itu, disyariatkan pada zina itu hukuman rejam, tidak seperti hukuman minum arak".
Bagaimana mungkin diambil kalam menolak hukum rejam atau menolak nama hudud ke atas hukuman rejam, lalu disandarkan kpd Az-Zailaie atau Syawkani atau Alusi??. Dalam tafsir Ruh al-Ma'ani..Alusi hanya membawakan kalam kahwarij yang menolak rejam, ia bukan kalamnya.
Kiranya benar Hashim Kamali yang mengambil kalam Imam As-Syawkani (wafat 1255 H) dalam kitabnya Nailul Awtar maka ia adalah tidak haq. Sila rujuk Nailul Awtar dalam Kitabul Hudud dalam mana-mana cetakan kitab tersebut. Syawkani menyebut :
"أما الرجم فهو مجمع عليه"
"Sesungguhnya rejam, maka ia telah diijma' tentangnya" (lihat nailul awtar, kitab hudud, bab had zina, dlm semua cetakan)
Begitu juga apa yang dinaqal dari kalam Imam Aluusi dalam Ruh al-Ma'ani.
ADAKAH REJAM DAN SEBAT DISEKALIKAN KE ATAS PENZINA MUHSON?
Ringkasan pandangan adalah seperti berikut:-
1. Pandangan rejam dan sebat dijatuhkan kedua-duanya ke atas penzina muhson ini dipegang oleh Ibn Munzir ra, Imam al-Hasan al-Basri, Imam Ishak Rahawaih dan Daud Al-Zohiri, Syiah, Imam Ahmad.
Menurut Imam al-Khattabi (wafat 388 H) dalam 'Ma'alim as-Sunan syarah sunan Abi Daud' (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Jld 3, ms 272) , "Telah diriwayatkan bahawa Saidina Ali KW telah menghukum penzina muhson dengan sebatan, berdalilkan kpd ayat penzina yang umum, dan juga merejam penzina berdalilkan sunnah Nabi saw"
Tindakan Saidina Ali ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Ahmad dari As-Sya'bi iaitu mafhumnya : "Sesungguhnya Ali kw ketika menghukum perempuan zina, menyebatnya pd hari Khamis, dan merejamnya pd hari Jumaat"(Lihat Nailul awtar, hlm 97)
Inilah antara dalil bg mereka yang melaksanakan kedua2 hukuman.
2. Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik dan jumhur ulama' berpandangan bahawa penzina muhson tidak disebat, bahkan hanya direjam. Juga salah satu riwayat dari Imam Ahmad. Lalu pandangan ini ittifaq mazhab empat.
Antara dalil mrk, Rasulullah telah merejam Maiz bin Malik Al-Aslami, tetapi tidak menyebatnya, juga Baginda merejam Yahudi – Hadith (Nabi menjatuhkan hukuman ini atas dasar Yahudi tersebut kafir dzimmi, Nabi juga menjatuhkan hukuman dengan menggunakan hukum yang termaktub dlm kitab Tawrat, iaitu sesuai dgn agama pegangan Yahudi tersbeut – Lihat Nailul Awtar, jld 7, Darul khair, hlm105. Hadith tentang perkara ini diriwayatkan dari Ibn Umar) tetapi tidak menyebatnya.
Imam As-Syafie berhujjah dengan hadtih Abu Hurairah yang mana diriwayatkan seorang lelaki telah meminta fatwa dari Baginda SAW perihal anaknya yang telah berzina dengan isteri orang, maka bersabda Nabi SAW :" Anakmu wajib keatasnya sebatan 100 kali dan buang negeri selama 1 tahun, dan wanita tersebut direjam, pergilah kpd wanita tersebut sekiranya ia mengaku maka rejamlah, lalu si wanita tersebut mengaku maka ia telah direjam." (Ma'alim as-Sunan, al-Khattabi, ms 273). Hadith ini jelas, menunjukkan wanita tersebut tidak disebat, hanya direjam.
Bagamanapun perbincangan tentang perkara ini agak panjang dan agak kurang diperlukan bagi menjawab persoalan yang dilontarkan, lalu memadailah dgn sedikit maklumat di atas. As-Syawkani telah mentarjihkan pandangan pertama.
HUKUM BERKAITAN
1. Hudud tidak dikenakan ke atas orang yang jahil tentang pengharamannya, tetapi sekiranya ia tahu pengharaman (cuma tidak tahu hukuman, ketika itu hukuman Had tetap akan dijalankan) dan ditangguh hukumannya terhdp wanita hamil (sehinggalah ia melahirkan anaknya dan sempurna menyusukan anak). (lihat zadul ma'ad)
2. Hukum Buang negeri selama setahun terhadap penzina bukan muhson adalah thabit dan wajib, Saidina Umar al-Khattab telah naik ke atas mimbar menyatakn hal ini dan diamalkan oleh khulafa' ar-Rasyidin. Ia telah menjadi Ijma' dan wajib dengan thubut hadith ataupun juga wajib dgn sebab ijma'.
Amalan Khulafa' ar-rasyidin tadi juga merupakan pandangan Ja'far as-sadiq, Ibn Abi Laila, Sufyan as-Thawry, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Ishak Rahawaih, Imam Nawawi.
Bagaimanapun Imam Abu Hanifah, Hammad (guru Abu Hanifah) berpandangan bhw ianya tidak wajib. As-Syawkani menyatakan ia adalah mazhab yang dhaif. (sesiapa yang ingin membaca hujah syawkani secara terperinci, menolak pandangan mazhab ini sila rujuk nailul awtar, dalam kitab al-hudud)
Kesimpulan:
1. Hukuman rejam thabit dgn Hadith dan ijmak sahabat serta diterima oleh para jumhur mazhab dan ulama'.
2. Kumpulan yang tidak bersetuju tidak mempunyai dalil yang kuat dan shohih.
3. Hashim Kamali dan yg sependapat dengannya (kiranya thabit dari kalamnya) membawa tasykik (keraguan) terhdp orang awam dengan menaqalkan pandangan 'syaz' dan 'dhoif'. Sebagaimana juga dalam hal hukuman murtad.
Apa yang benar datangnya dari Allah, dan yang silap dari kesilapan sendiri dan syaitan.
Sekian,
Irbid, Jordan
21 Jun 2002
______________________
Terbitan : 23 Jun 2002
Ke atas
Home